Sejarah Teh Botol Sosro

Teh Botol Sosro pada awalnya merupakan jenama Teh Cap Botol diasaskan Soegiharto Sosrodjojo yang pertama kali dijual tahun 1940 dalam bentuk kemasan teh kering siap saji di Slawi, Jawa Tengah.[3] Teh campuran pucuk teh muda dan bunga melati ini terasa enak dan segar disambut baik pengguna tetapi agak terhalang dari cara-cara meracik minuman yang buruk kerap kali menenggelamkan cita rasanya.[4] Untuk mengatasi masalah ini, keluarga Sosrodjojo merancang suatu kempen penghebahan mengenai takaran meracik teh yang lebih memudahkan, tetapi kampanye ini gagal disebabkan masyarakat ketika itu menganggap meracik teh dengan baik bukanlah sebuah hal yang penting.[4]

Pada tahun 1960, Soegiharto dan keluarganya berpindah ke Jakarta untuk mengembangkan perniagaan beliau. Lima tahun kemudian, Soegiharto melakukan suatu demonstrasi Cicip Rasa di mana beliau memberikan sampel minuman untuk dicuba orang ramai di tempat keramaian seperti pasar. Pada awalnya beliau memasak dan menyeduh daun teh untuk terus disajikan, tetapi beliau kemudiannya beralih kepada menjual air seduhan terus dari periuk-periuk besar iaitu panci yang dibawa berulang-alik ke pasar-pasar; tetapi cara ini mendatangkan masalah di mana air teh sering tumpah dalam perjalanan.[3]

Akhirnya, beliau menemukan timbul ide untuk menjual teh ini dalam kemasan botol yang "siap minum" menggunakan botol-botol kecap.[3]Ada juga h satu versi cerita menyebutkan bahawa kemasan botol itu diilham oleh kebiasaan anak sekolah di Slawi yang kerap membawa minuman teh dalam botol.[4] Namun menurut versi yang lebih resmi, seperti yang tertera dalam website Sosro, ide pengemasan dalam botol muncul akibat kegagalan dalam mempromosikan teh botol di Jakarta pada tahun 1953.